Friday 26 July 2013

Syukur...Alhamdulillah

Assalamualaikum W.B.T.

Apa khabar semua? ^^ masih bersemangat lagi tak utk meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan yg mulia ni? hehe..insyaAllah, teruskan lah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran..pasti ada ganjarannya nnt :)

nak share satu potongan ayat Al-Quran jap :
Firman Allah S.W.T : "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar":-
(Surah Al-Baqarah, ayat 153)

ok, so post kali ni x panjang mana pun. Sebenarnya aku cuma nak sentuh sikit mengenai "SYUKUR"..yess, bersyukur...perkataan "syukur" atau "Alhamdulillah" ni mudah sangat disebut tp tak ramai yang dapat menghayati maksud disebaliknya..apa yg aku nak tulis kali ni utk peringatan DIRI SENDIRI dan semua umat Islam..insyaAllah

sebagai contoh di bulan Ramadhan yg mulia ni kan, aku agak terkilan bila terdengar keluhan manusia seperti kita terutamanya bila nak berbuka puasa...

"Tak sedap lah makanan ni.."
"Menyesal aku beli.."
"Kenapa tak manis/masin/kering/basah ??.."

Terkilan. Sangat terkilan. Sedarkah kita yg sebenarnya kita ni telah dikurniakan Allah nikmat yang sangat banyak...boleh makan dengan aman, boleh makan guna tangan, dan masih boleh rasa makanan tu sedap atau tak..
Tapi kenapa sangat sedikit antara kita yang sedar akan nikmat tu?? berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat tu?? berapa ramai yang waktu berbuka tu mengenangkan nasib manusia OKU yg tak mampu makan dengan sempurna?? orang miskin yg hanya berbuka puasa sekadar alas perut sahaja??

ya Allah..tu baru kat Malaysia...kalo nak digambarkan pulak manusia2 yg berperang kat negara Palestin tu...langsung tak seaman dan semewah kita..mmg banyak bezanya kalo nak dibandingkan..

ada tak wujud perasaan MALU sekarang dlm hati kita? ya...malu dengan Allah atas kesilapan kita ni..tapi, jangan risau...Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang akan hamba2-Nya ^^


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu :
 Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nimatMu kepada kamu..dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."-
(Surah Ibrahim, ayat 7)


jadi kawan2, marilah kita bersama2 sedar dan insaf akan perbuatan ni..marilah kita BERSYUKUR atas nikmat yg dah diberi-Nya....
selepas ni kalau ada makanan yg tak sedap, kita makan je..kalau dah mmg tak nak, biarkan..jgn komen apa2...nak lg elok, sedekah kat orang lain..
kalau air yg kita minum tu tak manis, tak sedap, takpelah...tak kan kita nak marah orang yg buat air tu..dia pun puasa..mana lah dia nak rasa air tu tawar ke tak..lainlah kalau dia uzur kann..hehe

insyaAllah..marilah kita sentiasa bersyukur kepada Allah..setiap masa..susah, senang, sihat mahupun
sakit...sentiasalah mengucapkan "Alhamdulillah"..pernah dengar cerita Nabi Ayoub?? Dia sakit bertahun2, tapi sekalipun tak pernah mintak sembuh..sebaliknya setiap masa dia memuji Allah..subhanallah..percayalah, setiap musibah yg berlaku tu pasti ada hikmahnya ^^

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang" - 
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Bersyukurlah..andai masih ada masa~~

ok, sebelum aku mengundur diri, aku nak mohon maaf jika post kali ni ada terguris mana2 pihak, terkasar bahasa..maafkan lah kekhilafan hamba Allah ni.."Lihatlah apa yg disampaikan, bukan melihat siapa yg menyampaikan"..akhir kata, Assalamualaikum W.B.T

Ahlan Wasahlan~~

Friday 12 July 2013

Result UPU ; Degree

Assalamualaikum semua..hopefully yg tgh membaca ni dlm keadaan yg sihat sejahtera..insyaAllah

So, hari ni aku nak citer pasal result UPU...Alhamdulillah, pada 11 Julai hari tu result upu dah pun keluar...akhirnya segala persoalan, kerunsingan dan penantian aku dah pun terjawab..aku telah dipilih untuk mengikuti bidang Farmasi ^^ Alhamdulillah!! Sangat2 bersyukur..sbb tercapai jugak niat aku untuk sambung belajar dlm bidang sains..hehe..aku pun sangat bernasib baik, sebab ada kwn2 yg aku kenal dapat bidang ni gak..so xdelah kesunyian sgt nanti...haha

Alhamdulillah ^_^


Hrmm...kalo korang nak tau, farmasi ni bukanlah 1st choice aku..actually aku mintak dentistry..sebab aku fikir tak dpt jadi doktor perubatan, jadi doktor gigi pun jadi lah..haha...Tapi, sesungguhnya perancangan Allah tu yg terbaik kan :)

Allah dah tempatkan aku untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi...insyaAllah, aku yakin pasti ada hikmah yang terselit di setiap kejadian yg berlaku kat dunia ni...mungkin hakikatnya jiwa aku ni sesuai dgn bidang farmasi..siapa tahu, mungkin aku sbnrnya xley adapt or xley bawak bidang pergigian kalo aku dapat sekalipun...jadi, aku amat yakin bahawa inilah yang terbaik untuk aku..insyaAllah ^^

Sama jugak untuk kawan2 aku, sapa2 yg dapat bidang yg korang mintak, Alhamdulillah..cita2 korang tercapai gak akhirnya :) And untuk kawan2 aku yg tak dapat apa yg korang mintak, percayalah, bidang yg korang dapat tulah yg terbaik untuk korang..sebabnya Allah tu Maha Perancang lagi Maha Mengetahui :)

So, tu saja post aku untuk kali ni..hopefully semuanya redha dan dapat terima keputusan yang dah keluar..percayalah dan yakinlah kepada Dia :) hopefully kita semua akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang kita akan pelajari lepas ni..so, jgn sedih2...keep moving on...buat lah yg terbaik bila kita dah masuk belajar untuk degree nnt. Kalau boleh, aku nak kita sume berjaya dalam bidang masing2..and korang dapat tunjukkan yg bidang korang tu lagi bagus dari org lain..haha..."Take It As a Challenge" ^^

nak share my friend's post on fb :-

"Kadang-2 kita impikan sesuatu benda tu sejak kita masih kecil. Ada yang berjaya mendapat apa yang mereka impikan. Itu rezeki mereka. Ada juga yang dapat jauh berlainan dari apa yang mereka impikan. Mungkin usaha kita tidak cukup? Atau, mungkin Allah telah sediakan sesuatu yang kita mampu buat dan berjaya. Who knows? But I believe, everything happens for a reason. Mula-2 memang buntu, sedih, tapi rasanya kalau Allah tentukan, pasti tak ada masalah. Kan?" :)


Surah Al-Baqarah (2:216)
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu.
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"


So, tu saja post aku untuk kali ni..hopefully semuanya redha dan dapat terima keputusan yang dah keluar..percayalah dan yakinlah kepada Dia :) hopefully kita semua akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang kita akan pelajari lepas ni.

And MOST important things, jangan sesekali kita lupa untuk meminta bantuan dan ingat kepada Allah S.W.T pada setiap masa, susah dan senang. Kerana kepada Dia sahajalah kita memohon pertolongan, dan hanya kepada Dia sahajalah kita memohon perlindungan. Mintak maaf andai ada tersilap kata..Assalamualaikum W.B.T  :)