Sunday 10 November 2013

A.U.R.A.T

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah kerana aku masih lagi bernyawa..masih mampu menghirup udara..syukur ya Allah..sedih kerana semakin ramai sahabat dan orang sekeliling yang sudah meninggalkan dunia ini..tapi, kepada kita yang masih hidup, teruskanlah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini :)

Jam menunjukkan 5.00 pagi. Aku tak mampu tidur..kerna terkenangkan dosa2 yang lepas..dosa2 yang menggunung tingginya..tapi Allah tu Maha Pengampun kan :) dan secara tiba2, Allah mengurniakan aku beberapa ilham untuk menulis entry yg baharu, yang lebih berilmu..insyaAllah

Aurat..apa itu aurat?? Rasanya budak sekolah rendah pun dah tahu aurat tu apa..cuma, sama ada dia masih tahu menutup auratnya bila dah besar ataupun tidak..tak dinafikan ramai wanita Muslim yang memakai tudung sekarang...Alhamdulillah :)

Tapi, aku sedih...ada kalanya aku perasan niat pakai tudung tu bukanlah untuk mentup aurat, tapi lebih sekadar FESYEN...bukan semua, hanya segelintir...ada segelintir kumpulan pula, tahu memakai tudung, tapi tak tahu cara memakai yang sebenarnya..mungkin diorang tak berilmu, atau buat-buat x tahu...entahlah...wallahualam :)

Ada kita pernah dengar perempuan yang memakai tudung lebih paras bahu dan lebih pinggul, dirogol?? dicabul? diperkosa? Insya Allah tidak rasanya..
tapi kalau golongan yang memakai ketat2, nampak susuk tubuh dan tudung ala kadar, rasanya dalam seminggu mesti ada kejadian yang tak diingini..semoga semua anak-anak kita kelak dijauhkan..aminnn!

Tujuan entry aku ni bukanlah untuk mengutuk, meng'condemn', menghina, bahkan mencela kaum Hawa...TIDAK sama sekali..sesungguhnya kaum Hawa ni mulia..haruslah dijaga, dipelihara dan disayangi dengan sebaiknya..aku cuma berharap agar sebahagian dari mereka dapat membuka minda dan memahami apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya.. :)

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka.." -surah An-Nur (ayat 31)-

Diriku yang merupakan seorang kaum Adam, tidaklah sekuat mana imannya...sentiasa juga tergoda dengan pandangan-pandangan dunia...siapalah kami yang hanyalah hamba-Nya yang lemah...kasihanilah kami yang mendapat dosa secara percuma...

Jadi, niatku di sini, hanyalah untuk membantu kita semua..sekadar nak mengingatkan sesama kita.. :) bukanlah maksudnya semua kena pakai tudung labuh, baju besar, seluar besar....Tak....tapi, 'longgarkan' lah sedikit pakaiannya..agar lebih molek dan cantik pada pandangan mata..

     -selagi masa masih ada, ruang untuk perubahan sentiasa terbuka ;) -

Cantik itu perlu, tapi biarlah bersederhana...Cantiklah sepuas-puasnya depan suami tercinta ;)

kita ni hamba-Nya yang lemah...TAK PERNAH lari daripada dosa..jadi ingatan tu haruslah sentiasa ada...takut kelak diri merana...tersimpang dari syariat-Nya :)

aku pun tak mahu bercakap lama..sebelum mengundur diri, inginku menyusun sepuluh jari memohon maaf andai terkasar bahasa, terguris mana2 pihak. :)

cek semula niat kita..sentiasa muhasabah diri..dan sentiasalah berISTIGHFAR kerna kita sentiasa berdosa..
"Lihatlah apa yang disampaikan, bukan siapa yang menyampaikan" akhir kata, Assalamualaikum W.B.T

Waallahualam~~

No comments:

Post a Comment