Sunday 10 November 2013

A.U.R.A.T

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah kerana aku masih lagi bernyawa..masih mampu menghirup udara..syukur ya Allah..sedih kerana semakin ramai sahabat dan orang sekeliling yang sudah meninggalkan dunia ini..tapi, kepada kita yang masih hidup, teruskanlah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini :)

Jam menunjukkan 5.00 pagi. Aku tak mampu tidur..kerna terkenangkan dosa2 yang lepas..dosa2 yang menggunung tingginya..tapi Allah tu Maha Pengampun kan :) dan secara tiba2, Allah mengurniakan aku beberapa ilham untuk menulis entry yg baharu, yang lebih berilmu..insyaAllah

Aurat..apa itu aurat?? Rasanya budak sekolah rendah pun dah tahu aurat tu apa..cuma, sama ada dia masih tahu menutup auratnya bila dah besar ataupun tidak..tak dinafikan ramai wanita Muslim yang memakai tudung sekarang...Alhamdulillah :)

Tapi, aku sedih...ada kalanya aku perasan niat pakai tudung tu bukanlah untuk mentup aurat, tapi lebih sekadar FESYEN...bukan semua, hanya segelintir...ada segelintir kumpulan pula, tahu memakai tudung, tapi tak tahu cara memakai yang sebenarnya..mungkin diorang tak berilmu, atau buat-buat x tahu...entahlah...wallahualam :)

Ada kita pernah dengar perempuan yang memakai tudung lebih paras bahu dan lebih pinggul, dirogol?? dicabul? diperkosa? Insya Allah tidak rasanya..
tapi kalau golongan yang memakai ketat2, nampak susuk tubuh dan tudung ala kadar, rasanya dalam seminggu mesti ada kejadian yang tak diingini..semoga semua anak-anak kita kelak dijauhkan..aminnn!

Tujuan entry aku ni bukanlah untuk mengutuk, meng'condemn', menghina, bahkan mencela kaum Hawa...TIDAK sama sekali..sesungguhnya kaum Hawa ni mulia..haruslah dijaga, dipelihara dan disayangi dengan sebaiknya..aku cuma berharap agar sebahagian dari mereka dapat membuka minda dan memahami apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya.. :)

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka.." -surah An-Nur (ayat 31)-

Diriku yang merupakan seorang kaum Adam, tidaklah sekuat mana imannya...sentiasa juga tergoda dengan pandangan-pandangan dunia...siapalah kami yang hanyalah hamba-Nya yang lemah...kasihanilah kami yang mendapat dosa secara percuma...

Jadi, niatku di sini, hanyalah untuk membantu kita semua..sekadar nak mengingatkan sesama kita.. :) bukanlah maksudnya semua kena pakai tudung labuh, baju besar, seluar besar....Tak....tapi, 'longgarkan' lah sedikit pakaiannya..agar lebih molek dan cantik pada pandangan mata..

     -selagi masa masih ada, ruang untuk perubahan sentiasa terbuka ;) -

Cantik itu perlu, tapi biarlah bersederhana...Cantiklah sepuas-puasnya depan suami tercinta ;)

kita ni hamba-Nya yang lemah...TAK PERNAH lari daripada dosa..jadi ingatan tu haruslah sentiasa ada...takut kelak diri merana...tersimpang dari syariat-Nya :)

aku pun tak mahu bercakap lama..sebelum mengundur diri, inginku menyusun sepuluh jari memohon maaf andai terkasar bahasa, terguris mana2 pihak. :)

cek semula niat kita..sentiasa muhasabah diri..dan sentiasalah berISTIGHFAR kerna kita sentiasa berdosa..
"Lihatlah apa yang disampaikan, bukan siapa yang menyampaikan" akhir kata, Assalamualaikum W.B.T

Waallahualam~~

Friday 26 July 2013

Syukur...Alhamdulillah

Assalamualaikum W.B.T.

Apa khabar semua? ^^ masih bersemangat lagi tak utk meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan yg mulia ni? hehe..insyaAllah, teruskan lah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran..pasti ada ganjarannya nnt :)

nak share satu potongan ayat Al-Quran jap :
Firman Allah S.W.T : "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar":-
(Surah Al-Baqarah, ayat 153)

ok, so post kali ni x panjang mana pun. Sebenarnya aku cuma nak sentuh sikit mengenai "SYUKUR"..yess, bersyukur...perkataan "syukur" atau "Alhamdulillah" ni mudah sangat disebut tp tak ramai yang dapat menghayati maksud disebaliknya..apa yg aku nak tulis kali ni utk peringatan DIRI SENDIRI dan semua umat Islam..insyaAllah

sebagai contoh di bulan Ramadhan yg mulia ni kan, aku agak terkilan bila terdengar keluhan manusia seperti kita terutamanya bila nak berbuka puasa...

"Tak sedap lah makanan ni.."
"Menyesal aku beli.."
"Kenapa tak manis/masin/kering/basah ??.."

Terkilan. Sangat terkilan. Sedarkah kita yg sebenarnya kita ni telah dikurniakan Allah nikmat yang sangat banyak...boleh makan dengan aman, boleh makan guna tangan, dan masih boleh rasa makanan tu sedap atau tak..
Tapi kenapa sangat sedikit antara kita yang sedar akan nikmat tu?? berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat tu?? berapa ramai yang waktu berbuka tu mengenangkan nasib manusia OKU yg tak mampu makan dengan sempurna?? orang miskin yg hanya berbuka puasa sekadar alas perut sahaja??

ya Allah..tu baru kat Malaysia...kalo nak digambarkan pulak manusia2 yg berperang kat negara Palestin tu...langsung tak seaman dan semewah kita..mmg banyak bezanya kalo nak dibandingkan..

ada tak wujud perasaan MALU sekarang dlm hati kita? ya...malu dengan Allah atas kesilapan kita ni..tapi, jangan risau...Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang akan hamba2-Nya ^^


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu :
 Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nimatMu kepada kamu..dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."-
(Surah Ibrahim, ayat 7)


jadi kawan2, marilah kita bersama2 sedar dan insaf akan perbuatan ni..marilah kita BERSYUKUR atas nikmat yg dah diberi-Nya....
selepas ni kalau ada makanan yg tak sedap, kita makan je..kalau dah mmg tak nak, biarkan..jgn komen apa2...nak lg elok, sedekah kat orang lain..
kalau air yg kita minum tu tak manis, tak sedap, takpelah...tak kan kita nak marah orang yg buat air tu..dia pun puasa..mana lah dia nak rasa air tu tawar ke tak..lainlah kalau dia uzur kann..hehe

insyaAllah..marilah kita sentiasa bersyukur kepada Allah..setiap masa..susah, senang, sihat mahupun
sakit...sentiasalah mengucapkan "Alhamdulillah"..pernah dengar cerita Nabi Ayoub?? Dia sakit bertahun2, tapi sekalipun tak pernah mintak sembuh..sebaliknya setiap masa dia memuji Allah..subhanallah..percayalah, setiap musibah yg berlaku tu pasti ada hikmahnya ^^

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang" - 
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Bersyukurlah..andai masih ada masa~~

ok, sebelum aku mengundur diri, aku nak mohon maaf jika post kali ni ada terguris mana2 pihak, terkasar bahasa..maafkan lah kekhilafan hamba Allah ni.."Lihatlah apa yg disampaikan, bukan melihat siapa yg menyampaikan"..akhir kata, Assalamualaikum W.B.T

Ahlan Wasahlan~~

Friday 12 July 2013

Result UPU ; Degree

Assalamualaikum semua..hopefully yg tgh membaca ni dlm keadaan yg sihat sejahtera..insyaAllah

So, hari ni aku nak citer pasal result UPU...Alhamdulillah, pada 11 Julai hari tu result upu dah pun keluar...akhirnya segala persoalan, kerunsingan dan penantian aku dah pun terjawab..aku telah dipilih untuk mengikuti bidang Farmasi ^^ Alhamdulillah!! Sangat2 bersyukur..sbb tercapai jugak niat aku untuk sambung belajar dlm bidang sains..hehe..aku pun sangat bernasib baik, sebab ada kwn2 yg aku kenal dapat bidang ni gak..so xdelah kesunyian sgt nanti...haha

Alhamdulillah ^_^


Hrmm...kalo korang nak tau, farmasi ni bukanlah 1st choice aku..actually aku mintak dentistry..sebab aku fikir tak dpt jadi doktor perubatan, jadi doktor gigi pun jadi lah..haha...Tapi, sesungguhnya perancangan Allah tu yg terbaik kan :)

Allah dah tempatkan aku untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi...insyaAllah, aku yakin pasti ada hikmah yang terselit di setiap kejadian yg berlaku kat dunia ni...mungkin hakikatnya jiwa aku ni sesuai dgn bidang farmasi..siapa tahu, mungkin aku sbnrnya xley adapt or xley bawak bidang pergigian kalo aku dapat sekalipun...jadi, aku amat yakin bahawa inilah yang terbaik untuk aku..insyaAllah ^^

Sama jugak untuk kawan2 aku, sapa2 yg dapat bidang yg korang mintak, Alhamdulillah..cita2 korang tercapai gak akhirnya :) And untuk kawan2 aku yg tak dapat apa yg korang mintak, percayalah, bidang yg korang dapat tulah yg terbaik untuk korang..sebabnya Allah tu Maha Perancang lagi Maha Mengetahui :)

So, tu saja post aku untuk kali ni..hopefully semuanya redha dan dapat terima keputusan yang dah keluar..percayalah dan yakinlah kepada Dia :) hopefully kita semua akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang kita akan pelajari lepas ni..so, jgn sedih2...keep moving on...buat lah yg terbaik bila kita dah masuk belajar untuk degree nnt. Kalau boleh, aku nak kita sume berjaya dalam bidang masing2..and korang dapat tunjukkan yg bidang korang tu lagi bagus dari org lain..haha..."Take It As a Challenge" ^^

nak share my friend's post on fb :-

"Kadang-2 kita impikan sesuatu benda tu sejak kita masih kecil. Ada yang berjaya mendapat apa yang mereka impikan. Itu rezeki mereka. Ada juga yang dapat jauh berlainan dari apa yang mereka impikan. Mungkin usaha kita tidak cukup? Atau, mungkin Allah telah sediakan sesuatu yang kita mampu buat dan berjaya. Who knows? But I believe, everything happens for a reason. Mula-2 memang buntu, sedih, tapi rasanya kalau Allah tentukan, pasti tak ada masalah. Kan?" :)


Surah Al-Baqarah (2:216)
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu.
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"


So, tu saja post aku untuk kali ni..hopefully semuanya redha dan dapat terima keputusan yang dah keluar..percayalah dan yakinlah kepada Dia :) hopefully kita semua akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang kita akan pelajari lepas ni.

And MOST important things, jangan sesekali kita lupa untuk meminta bantuan dan ingat kepada Allah S.W.T pada setiap masa, susah dan senang. Kerana kepada Dia sahajalah kita memohon pertolongan, dan hanya kepada Dia sahajalah kita memohon perlindungan. Mintak maaf andai ada tersilap kata..Assalamualaikum W.B.T  :)

Wednesday 12 June 2013

MDS Jun 2013

Assalamualaikum semua ^_^ hopefully yg tgh baca ni dalam keadaan sihat sejahtera..hihi *dah cam karangan spm lak..lol*
(post ni mmg panjang ckt..maklumlah xde tempat den nak citer lg..haha)

lepas seminggu berehat, barulah aku rasa "rajin" ckt nak wat post baru ni..ahaha..so hari ni den nak share kat korang sume pengalaman den masa jadi Pemimpin Mahasiswa (PM) time MDS Jun minggu lepas..hehe..for me, mmg rugilah sapa yg x join..sbb mmg mcm2 pengalaman yg korang akan dpt..andddd, dgn semua pengalaman tulah yg akan menjadikan kita semua matang suatu hari nnt..insyaALLAH :)

so, sebelum pm2 ni nak jalankan tugas, kitorang sume kena hadap kursus pmds dulu...kursus ni mmg wajib sbb nak disiplinkan para pm dulu...yelah, ko nak marah2 budak lambat solat, lambat makan, lambat gerak n wtv, mestilah ko kena betul dulu kan..so this is the main reason for the kursus..aku xnak bebel panjang psl kursus ni, cuma aku nak ckp korang mmg akan rasa cam korang lak yg lalui MDS..hahaha...bukan apa, sbb korang akan dilatih utk satu benda, iaitu PUNCTUALITY. benda penting utk life kita gak...aku mmg support benda ni sbb aku yg ex-asasi ni dah slalu sgt terperap kat rumah (fhm2lah rutin harian)..so elok jugak diorang terapkan balik disiplin masa ni...hehe

after 5 days, barulah kursus ni tamat...kat bilik gerakan ni, setiap biro akan ada meja masing2..untuk memudahkan perbincangan antara biro...actually meja2 nilah tempat pm2 ni sume nak "berlindung" time tidur...mana taknya, time mds mmg xde masa nak balik bilik..so bilik gerakan ni dah jadi cam bilik ke-2 kitorang...hahaha..(better lg bilik gerakan sbnrnya dari bilik kat blok...sbb ada aircond..lol)

fyi, ni merupakan 1st time aku join pmds...utk yg xtau, ada 9 biro kesemuanya for this mds..SDK, Makanan, Pengangkutan & TTK, Lotech, Multimedia, Pendaftaran, Kebajikan & Kerohanian, Sukan and lastly, Program..biro yg aku mntk pada mulanya actually biro makanan...tp Dia lg Maha Perancang lagi Maha Mengetahui kan...aku agak terkejut, terpaku n blank seketika..haha..aku telah dipilih untuk menjadi ahli biro Sahsiah, Disiplin & Keselamatan (SDK)... O.o seriusly SDK?? yg kena kejut budak pagi2 tu?? yg kena jerit2 tu?? yg mungkin akan dibenci oleh pb nnt?? knapa aku?? knapa bukan org lain??

hahaha..tulah sume persoalan yg terlintas kat kepala aku time tu...and yg plg best, sapa yg jd ahli biro ni, korang akan kerja dgn kak Mira..hihihi...for sure, sapa yg tau nama ni, mesti "fhm" punyerlah..especially yg pernah jd pb sebelum ni..tapiiiii, tu sume hanya dongeng belaka...Alhamdulillah, aku pun x expect dpt kerjasama dgn kak Mira dgn begitu senang n mudah...maybe jugak sbb dia busy dgn kelas...anyway, aku ttp happy dpt join biro sdk..ahli2 lain pun sume friendly n saling membantu...thnx a lot guys ^_^

jadi biro sdk ni mmg mencabar..sapa yg x tahan, lps 2-3 hari ley collapse..sbb x cukup tido...paling lama pun boley tido just sejam utk satu hari..hahaha...mula2 time start mds, mmg semangat berkobar2lah...bajet je nak tahan sepanjang 6 hari mds tu..last2 aku antara yg bangun lambat..hahaha..sori guys, this is my 1st time..insyaAllah pasni I will do my best. :) #tu pun kalo masuk palam balik lah..hehe

Alhamdulillah..mds sesi jun kali ni berakhir dgn lancar..xde sapa yg tercedera atau hati terluka..in the end, semua biro dah jd cam satu family..hehe. Walaupun kitorang sume just bertugas selama 2 minggu, tp ukhuwah yg terbina mmg kuat :) sampai skrg pun aku still rindu nak jumpa semua pm2..especially ex-asasi lelaki...insyaAllah, kalo ada rezeki mungkin kita sume akan berjumpa lg..maybe time degree lak..hahaha..

so, kat bawah ni ada lah 2-3 gamba sekitar mds sesi jun ni berjalan..hehe

jejaka2 SDK
last day with housemate

Jepp, aku & Popo ^^

candid sume~
with Shuhaimi :)

penutup KPMDS


sume still single..kbai :P

den takdo dlm gambo ni :(

macho tak? LOLLLL
our YDPMPP..terbaik!


gonna miss this biro :')


so, tu je warkah aku utk kali ni...tulis panjang2 pun org menyampah nak baca nnt..haha..hopefully sume pm and pb berjaya dlm life korang...insyaAllah ada rezeki kita jumpa lg ^^ ampun maaf andai terkasar bahasa...Aku hanyalah hamba-Nya yg lemah..sentiasa perlu diingatkan..pada masa yg sama, tak lupa utk memperingatkan kawan2 ku :) 

Ahlan Wasahlan~~






Friday 26 April 2013

PALAM ; friends, love n memories :')

       Fuhh.!! Alhamdulillah ^_^ ..setelah 10 bulan, akhirnya habis jugak asasi...MERDEKA!! satu perkataan tu cukup utk menggambarkan betapa hepi n leganya aku lepas dh tamat asasi Sains ni...dah x perlu nak bangun awal, berebut dgn housemate nak mandi, kena marah sbb lmbt & of course, pressure dgn tutorial yg melambak..hahaha
       Tapi, benda tu semualah yg menjadi kenangan pahit n manis aku sepanjang berada di Palam (UiTM Puncak Alam)...sometimes, bila aku teringat balik kenangan2 tu, ada yg ley wat aku gelak, marah n sedih...seriusly, aku rasa sgt beruntung sbb aku ada housemate & member2 grup yg sgt rilex, lawak n tak lokek utk tolong member2 diorang yg perlukan pertolongan.
        C5...group ni lah antara yg bnyk mengajar aku pasal kehidupan ni...apa maksud sebenar kawan, sayang, kesabaran, kejujuran(antara kawan) n others...mcm2 kwn aku dah jumpa..ada yg sentiasa senyum setiap kali jumpa aku..thnx bro :) tp jujur aku ckp, ada certain yg senyum sbnrnya ada "makna"..hahaha (perli la tu -.-)
     
      Post kali ni maybe panjang ckt, sbb aku nak luah apa yg aku nak citer selama ni..hehehe. Aku nak citer apa yg aku blajar sepanjang kehidupan aku sbagai student kat Palam ni...

    1) Kawan
            Alhamdulillah, sepanjang aku kat Palam ni, ramai jugaklah kawan..n sume mmg jenis yg friendly...n disebabkan ramai kawan tulah, aku tau mana kawan yg baik n buruk...sapa yg sanggup tolong aku time susah...sapa yg "ter"bawak aku sampai leka dgn kehidupan seorang student Universiti yg BEBAS...sapa yg senyum kat depan, tp benci kat belakang..sapa yg x jemu bimbing aku ke jln yg sebenar...aku TAK cakap aku kawan yg paling baik..aku sendiri wat silap...aku belajar melalui 
kesilapan aku n org lain..kita sama2 muhasabah diri k ^_^

    2) Cinta
        Hrmm...cinta...ramai yg ckp nak "bercinta" bila dah masuk U...n sbnrnya aku pun antara org2 tersebut..hahaha...tp tu sume benda lepas...n tak payah pun sbnrnya..ni jelah aku nak cakap, kalo rasa x mampu, diri sendiri tak terurus n xleh bahagi masa, PLEASE don't...once again, aku TAK cakap aku sempurna, aku hanyalah hamba-Nya yg lemah..tp aku just citer sbb aku dh lalui semua tu..mula2 mmg x nmpk apa2 kesan, but wait until your result...hahaha. But, utk sapa2 yg masih bertahan n result still ok, "tahniah" lah..hahaha.

   3) Kesabaran
         "Sabar..sabar"..perkataan yg selalu aku akan guna setiap hari sepanjang kehidupan kat Palam...bermacam jenis orang dan ragam kita akan temui setelah memasuki U..dan aku x nafikan, bukan semuanya "sekepala" dengan kita..ada sesetengah yg agak menjengkelkan sampai kadang2 dah melepasi batas kesabaran kita..hahaha. Tapi, kita hanya mampu bersabar :) x rugi pun kalo bersabar...sebenarnya kita akan melatih diri kita menjadi lebih matang untuk menghadapi suasana hidup yg akan datang pulak..haha

  4) Kejujuran
           "Jujur" dalam konteks yg aku nak sampaikan ni ialah dari segi friendship. Aku x ckp semua..cuma ada certain je..and kita jugak ley gelar org camni "fake friends"..no offence, but this is a true story..aku pun bukanlah seorang kawan yg baik n sempurna...contoh plg senanglah..kita share satu rahsia kat someone..n kita percaya dia..but, after a few days, ko akan realise rupanya ramai org dah tau..tp ko xley salahkan sapa2..aku just nak bagi peringatan kepada DIRI SENDIRI & semua orang, yg bila kita ni berkawan, haruslah bepada-pada..jangan terlalu memberi kepercayaan kepada seseorang...takut2 nanti kita lak yg menderita..hahaha..just 4 reminder ^_^

So, that's all yg aku nak tulis utk post kali ni...mintak maaf sekiranya aku ada tersalah bahasa atau wat sapa2 terasa..hehehe. Aku hanyalah hamba-Nya yg lemah...sentiasa memerlukan peringatan..pada masa yg sama, tidak lupa utk memperingatkan kawan2 ku :)

Ahlan Wasahlan~~

Monday 10 December 2012

KENA SOAL SIASAT...

Ok guys, kali ni aku ni dilanda malang...Jumaat lepas aku telah disyaki oleh polis bantuan sbb mencuri laptop..time tu aku baru balik dari kelas pagi..and cam biasa aku on9 directly lepas aku dah naik bilik..then, ntah sapa2 ketuk pintu cam nak pecah bilik housemate aku..aku wat dek jer lah..tiba2 ada sorang polis muncul..dia sebut nama aku..pastu, terus mintak laptop aku..aku dah cuak dah..aku ada salah guna internet Palam ke?? salah ke aku ada simpan video2 lagu "Asia" dlm laptop ni?? so, dengan blurr nyer aku bagi laptop aku..aku ingat aku jer kena..rupa2nya satu housemate aku kena panggil gak..tapi time tu just ada aku n roomate aku jer..so, kitorang yg kena dulu...

pendekkan citer, turn aku lak kena soal siasat..tulah 1st time pengalaman aku kena soal siasat dgn polis..serius aku xleh nak gambarkan..dgn tekanan + blurr + rasa teraniaya + sakit hati..sume ada dlm kepala aku..tp aku xdelah tunjukkan sume benda tu kat diorang..malangnya, laptop aku kena tahan sbb diorang ingat aku yg curi..huhu. Fyi, laptop aku 99% sama dgn laptop budak yg hilang tu..Alhamdulillah, my parents n brother came and show the proof..resit pembelian laptop tulah yg menyelamatkan aku..no siri laptop tu sama dengan no siri dlm resit yg parents aku bawa..serius aku hepi giler..smpai mlm dpn laptop jer..haha

tapi apa yg aku musykil sampai skrg, start dari aku kluar bilik soal siasat tu sampailah skrg, aku still xtau sapa yg hilang laptop tu..info yg aku dpt just budak tu tinggal kat blok aku, A3. Lessons utk sume org ialah jagalah harta benda korang seperti nyawa korang & jgn terlalu percayakan sesiapa..cause we not know others heart ^_^
~laptop kesayangan aku~


Ahlan Wasahlan~



Friday 7 December 2012

NAFSU ATAU AGAMA

Baru2 ni, seperti yang kita tahu, telah berlaku peperangan selama beberapa hari kat Palestin. So, currently diorang tgh gencatan senjata. Harap2 si Yahudi Zionis tu pgg pada perjanjian tu. Lagipun, cam kita x kenal org2 Israel, mana pernah pgg pada janji diorang.





Ok, tu masalah yg berlaku kat Palestin. Tapi apa yg aku nak post ni ialah "peperangan". Mesti bila korang nampak perkataan "PEPERANGAN" tu, korang akan mula rasa "bosan ah tajuk ni" , "dia xde tajuk lain ke??" or wtv lah. Tapi apa yg aku nak share sbnrnya ialah "PEPERANGAN DALAM DIRI KITA SENDIRI". Yes!! Dlm diri kita sendiri...Knapa aku citer psl benda ni?? Sebab aku pasti & yakin, peprangan ni seringkali berlaku dlm kehidupan kita..peperangan ni sebenarnya antara "NAFSU & AGAMA". Aku tau, ramai manusia kat dunia ni nak brubah sbnrnya..tapi diorang terpaksa "berperang" dlm minda diorang antara kehendak nafsu atau kehendak agama..and selalunya, nafsu yg akan menang..as example, paling senang time bulan puasa lah. Slalu org ckp nak berjimat, xnak membazir time beli kat bazaar ramadhan lah..at last, "ter"bazir gak kan (bukan utk semua org lah)..aku citer benda ni, sbb nilah yg berlaku kat aku kat sekarang ni...actually aku ni antara yg tengok video kpop gak..walaupun aku tau video kpop tu seksi n banyak maksiat, tp aku still nak tengok..sbb dah terbiasa..yelah, mana tak nyer, dari hujung form 3 dah start tengok..huhu..aku x tau nak wat camna..memang betul kalo setakat DOA jer, xkan berhasil apa2 kalo xde USAHA kan...so, aku harap pada sapa2 yg baca blog ni, ley tolong n bagi pendapat kat aku dlm usaha aku nak mencari "Jalan Kebenaran"...aku dah usaha macam2, tapi x berjaya gak..insyaAllah, dengan berkat usaha & doa2 orang lain, maybe pasni aku ley jumpa "jalan" yg aku nak cari tu. So, sambil kita amik berat pasal perang kat Palestin tu, aku harap kita sebagai manusia yg lemah ni dapat memenangi "perang" dlm diri kita gak...sama2lah beringat yer ^_^





Ahlan Wasahlan~~