Friday 26 July 2013

Syukur...Alhamdulillah

Assalamualaikum W.B.T.

Apa khabar semua? ^^ masih bersemangat lagi tak utk meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan yg mulia ni? hehe..insyaAllah, teruskan lah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran..pasti ada ganjarannya nnt :)

nak share satu potongan ayat Al-Quran jap :
Firman Allah S.W.T : "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar":-
(Surah Al-Baqarah, ayat 153)

ok, so post kali ni x panjang mana pun. Sebenarnya aku cuma nak sentuh sikit mengenai "SYUKUR"..yess, bersyukur...perkataan "syukur" atau "Alhamdulillah" ni mudah sangat disebut tp tak ramai yang dapat menghayati maksud disebaliknya..apa yg aku nak tulis kali ni utk peringatan DIRI SENDIRI dan semua umat Islam..insyaAllah

sebagai contoh di bulan Ramadhan yg mulia ni kan, aku agak terkilan bila terdengar keluhan manusia seperti kita terutamanya bila nak berbuka puasa...

"Tak sedap lah makanan ni.."
"Menyesal aku beli.."
"Kenapa tak manis/masin/kering/basah ??.."

Terkilan. Sangat terkilan. Sedarkah kita yg sebenarnya kita ni telah dikurniakan Allah nikmat yang sangat banyak...boleh makan dengan aman, boleh makan guna tangan, dan masih boleh rasa makanan tu sedap atau tak..
Tapi kenapa sangat sedikit antara kita yang sedar akan nikmat tu?? berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat tu?? berapa ramai yang waktu berbuka tu mengenangkan nasib manusia OKU yg tak mampu makan dengan sempurna?? orang miskin yg hanya berbuka puasa sekadar alas perut sahaja??

ya Allah..tu baru kat Malaysia...kalo nak digambarkan pulak manusia2 yg berperang kat negara Palestin tu...langsung tak seaman dan semewah kita..mmg banyak bezanya kalo nak dibandingkan..

ada tak wujud perasaan MALU sekarang dlm hati kita? ya...malu dengan Allah atas kesilapan kita ni..tapi, jangan risau...Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang akan hamba2-Nya ^^


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu :
 Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nimatMu kepada kamu..dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."-
(Surah Ibrahim, ayat 7)


jadi kawan2, marilah kita bersama2 sedar dan insaf akan perbuatan ni..marilah kita BERSYUKUR atas nikmat yg dah diberi-Nya....
selepas ni kalau ada makanan yg tak sedap, kita makan je..kalau dah mmg tak nak, biarkan..jgn komen apa2...nak lg elok, sedekah kat orang lain..
kalau air yg kita minum tu tak manis, tak sedap, takpelah...tak kan kita nak marah orang yg buat air tu..dia pun puasa..mana lah dia nak rasa air tu tawar ke tak..lainlah kalau dia uzur kann..hehe

insyaAllah..marilah kita sentiasa bersyukur kepada Allah..setiap masa..susah, senang, sihat mahupun
sakit...sentiasalah mengucapkan "Alhamdulillah"..pernah dengar cerita Nabi Ayoub?? Dia sakit bertahun2, tapi sekalipun tak pernah mintak sembuh..sebaliknya setiap masa dia memuji Allah..subhanallah..percayalah, setiap musibah yg berlaku tu pasti ada hikmahnya ^^

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang" - 
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Bersyukurlah..andai masih ada masa~~

ok, sebelum aku mengundur diri, aku nak mohon maaf jika post kali ni ada terguris mana2 pihak, terkasar bahasa..maafkan lah kekhilafan hamba Allah ni.."Lihatlah apa yg disampaikan, bukan melihat siapa yg menyampaikan"..akhir kata, Assalamualaikum W.B.T

Ahlan Wasahlan~~

No comments:

Post a Comment